Storan SSD Tahan Lasak Samsung T7 Shield Kini Di Malaysia


Samsung T7 Shield storan mudah alih SSD yang bukan sahaja kalis air tetapi juga tahan hentakan mula ditawarkan di Malaysia selepas ia dilancarkan pada April yang lalu.

Ia melepasi piawaian kalis air serta debu IP65 dan boleh menyerap hentakan jatuh dari ketinggian sehingga 3 meter. Dari segi spesifikasi storan SSD yang digunakan boleh membaca pada kelajuan membaca 1050 MB/s) dan menulis 1000 MB/s yang menggunakan piawaian USB 3.2 Gen2. Sistem penyulitan 256-bit AES diberikan secara lalai. Menurut Samsung ini menjadikannya sehingga 9.5 kali ganda lebih pantas berbanding storan HDD.

Samsung T7 Shield ditawarkan pada harga RM1293 untuk 1TB dan RM2476 untuk 2TB dalam warna biru, hitam serta beige. Tetapi untuk tempoh terhad ia ditawarkan pada harga RM799 untuk 1TB dan RM1699 untuk 2TB.
 

0/komen