Tidak Bahagia Lebih Berisiko Mati Awal


Satu kajian mendedahkan bahawa perasaan tidak bahagia boleh memendekkan jangka hayat manusia pada kadar lebih banyak berbanding tabiat merokok.

Kajian itu dijalankan terhadap 12,000 orang dewasa di China.

Individu yang mempunyai keadaan mental yang lemah seperti kesunyian, putus asa dan tidur tidak lena berisiko hilang satu tahun setengah daripada jangka hayat purata manusia.

Menurut saintis, kajian itu menunjukkan bahawa kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.

Kadar penuaan tinggi dikesan dalam kalangan orang yang mempunyai sejarah strok, penyakit hati dan paru-paru, perokok serta berada dalam keadaan mental yang lemah.

Menurut kata penulis utama kajian, Dr. Fredor Galkin  lagi,bagaimanapun, perasaan putus asa, tidak gembira dan kesunyian boleh mengurangkan purata jangka hayat seseorang lebih banyak daripada merokok.

Merokok mengurangkan jangka hayat individu dengan anggaran 1.25 tahun berbanding 1.65 tahun untuk faktor tidak bahagia.
 

0/komen