Upah Tukang Baiki Biar Telefon Rosak


Seorang tukang baiki telefon bimbit menjadi  keliru kerana menerima sekeping nota daripada pelanggannya meminta dia tidak membaiki peranti itu dengan sempurna.

Ini bagi mengelakkan rahsia pelanggan tersebut daripada diketahui  si isteri.

Tukang baiki telefon bimbit itu berkongsi  paparan imej yang menunjukkan nota diterima beserta wang sebanyak 150,000 rupiah (RM45) di bahagian dalam peranti tersebut.

Wang itu diberikan sebagai tanda terima kasih kerana melakukan seperti yang diminta pelanggan.

“Encik, tolong jangan baiki telefon bimbit ini dengan betul. Nanti isteri saya yang akan mengambil (telefon bimbit), dan dia akan periksa (telefon bimbit) dengan teliti,” demikian menurut pesanan pada nota itu. 

Tukang baiki telefon jadi bingung. Ditolong berdosa, tidak ditolong pula, duit telah diberi namun tetap berdosa.



 

0/komen