
Firma lelongan Sotheby’s mengumumkan bahawa pihaknya akan menawarkan koleksi lapan berlian biru yang jarang ditemui dan dianggar bernilai lebih AS$70 juta (RM329 juta) kepada pembida.
Menurut Sotheby’s, jualan tersebut yang dinamakan Magnificent Jewels Auction, akan diadakan di New York, Hong Kong dan Geneva pada 2022 serta 2023.
Koleksi berlian daripada syarikat De Beers iatu adalah antara berlian biru yang paling berharga pernah ditawarkan untuk lelongan.
Semua berlian biru itu dibeli pada 2020 oleh syarikat De Beers dan Diacore dari lombong Cullinan di Afrika Selatan.
Lombong tersebut juga menyaksikan penemuan berlian kategori Fancy Vivid Blue seberat 15.10 karat (3.02 gram) yang dijual pada harga AS$57.5 juta (RM270.25 juta) dalam satu lelongan, April lalu.
Menurut kata pengerusi Diacore, Nir Livnat“,selepas dua tahun menyempurnakan berlian ini dengan teliti, pihaknya amat bangga dan teruja untuk menawarkan koleksi luar biasa De Beers terdiri daripada beberapa butir berlian yang jarang ditemui di dunia.
Acara lelongan pertama akan diadakan di Geneva pada 9 November ini, manakala lelongan berikutnya dijadualkan berlangsung di New York pada penghujung 2022, diikuti lelongan di Hong Kong pada musim bunga 2023.
Menurut kata ketua firma Sotheby’s di Amerika Syarikat, Quig Bruning,hampir enam bulan selepas pihaknya menetapkan penanda aras baharu harga tertinggi untuk berlian biru iaitu AS$57.5 juta (RM270.25 juta),dia berbesar hati kerana diamanahkan dengan koleksi Fancy Blue Diamonds ini.
Empat daripada lapan butir berlian biru digredkan oleh Institut Gemologi Amerika sebagai Fancy Vivid, iaitu gred warna tertinggi untuk berlian berwarna.
Catat Ulasan