‘Angkut’ Tangki Oksigen Cari Penumpang Demi Sesuap Nasi


Sumeth Singpun, 49, dikatakan menghidap pelbagai jenis penyakit yang menghalangnya untuk hidup normal seperti orang lain. Biarpun menanggung derita pelbagai jenis penyakit, seorang lelaki di Thailand  ini  tetap bekerja keras mencari rezeki dengan memandu teksi.

Sumeth terpaksa mengusung tangki oksigen yang diikat pada kusyen kereta ketika bekerja demi menampung kos rawatan dan sewa rumahnya.Dia juga dikatakan mempunyai pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis. 

Malah, lelaki itu dipercayai duduk seorang diri selepas ditinggalkan anaknya. Lelaki itu dikatakan memandu dengan sangat perlahan di bawah 40 km/j berikutan keadaannya yang tidak dapat melihat dengan baik. 

Dia tinggal di Ayutthaya, sendirian. Dia perlu membayar sewa. Tak kerja, tiada wang. Wang untuk orang kelainan upaya juga tidak cukup untuk rawatan. 

Jadi perlu menyewa teksi untuk memandu. Ada seorang anak lelaki, tak pernah pulang untuk menjaganya.

0/komen