
Seorang guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani di Indonesia menjadi sensasi apabila dia memakai krim pelindung sinaran matahari .
Guru berkenaan memakai krim tersebut semasa berada dalam bilik guru sebelum sesi mengajar bermula.
Apabila guru Pendidikan Jasmani memakai krim pelindung sinaran matahari, satu bilik menjadi kecoh.
Meskipun diusik oleh rakan-rakan guru wanita lain, guru itu seperti tidak berasa terkesan malah meneruskan pemakaian krim seperti biasa.
Namun ramai pengguna media sosial bersetuju dengan langkah perlindungan yang diambil guru lelaki itu.
Semua orang perlu menjaga kesihatan kulit, tidak kira gender janji kulit sihat dan terpelihara.
Catat Ulasan