Seorang ibu muda di Jakarta, Indonesia nekad memanjat ke luar tingkap pangsapurinya tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.
AO, 22, bernasib baik apabila berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat yang menyaksikan kejadian itu. Dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut kata Kepala Satuan Pelaksana UPRS III Rusun Rorotan, Rustiadi UPRS di Jakarta Utara,kebetulan waktu itu ada ketua rukun tetangga,pihaknya dibantu oleh pengawal keselamatan untuk menyelamatkan wanita itu dan dia tidak mengalami kecederaan.
Menurut Rustiadi, AO sengaja melakukan perbuatan berbahaya itu selepas suaminya, GA, 23, melarangnya keluar rumah supaya dia menjaga anak mereka yang sakit.
Kerana dikunci dari luar rumah, si isteri bertindak memanjat tingkap untuk ke kediaman jirannya kerana ingin membeli makanan untuk anaknya.
Walaupun takut dengan ketinggian, AO tetap cuba keluar namun badannya semakin bergetar apabila berada di luar tingkap. Dia kemudian memilih untuk kekal berpegang pada tingkap besi itu sambil memijak anak tangga.
GA segera meminta penduduk setempat untuk membantu isterinya. AO yang kekal berpegang pada tingkap kemudian ditarik masuk oleh penduduk lain. –
Catat Ulasan