Jam Tangan Pintar Summit 3 Edisi Naruto Di Lancarkan


Montblanc ialah jenama jam mewah yang bergaya. Mereka telah melancarkan jam tangan pintar Summit 3 awal tahun ini dan kini mereka melancarkan pula jam tangan yang sama dalam versi Naruto.

Montblanc Summit 3 x Naruto yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-20 Naruto mempunyai tubuh berwarna hitam dengan tali jam berwarna oren yang sinonim dengan warna watak Uzumaki Naruto. Ia dilengkapi skrin 1.28-inch AMOLED, mengg ialah Qualcomm Snapdragon Wear 4100+, memori 1GB RAM, storan 8GB dan sistem operasi Wear OS 3.0. Jam tangan pintar mewah ini hadir dengan ciri standard menjejak tapak, kalori, nadi dan tidur.


Harga jualan Montblanc Summit 3 x Naruto pula ialah $1570 (~RM7420) yang lebih mahal berbanding Summit 3 biasa yang dijual pad harga RM5700 di Malaysia.
 

0/komen