Klon Apple Watch Ultra


Apple Watch Ultra telah dilancarkan baru-baru ini pada harga hampir RM4000. Namun di China jam tangan pintar DTNO.1 DT8 Ultra telah dilancarkan dengan rekaan mirip Apple Watch Ultra tetapi harga yang jauh lebih murah.


Jam tangan pintar ini mempunyai rekaan yang amat serupa dengan jam tangan mercu Apple. Terdapat tombol kawalan berputar dan butang fizikal di sisi kanan. Sebuah lagi butang fizikal lebih besar pula diletakkan pada sisi kiri.

Terdapat ciri standard mengimbas nadi, penjejak tidur, suhu, sokongan muzik secara bluetooth, penjejakan aktiviti sukan dan melakukan panggilan telefon. Skrin peranti pula sebesar 2″ dengan ia hadir dengan 500 muka jam. Ciri tambahan lain ialah lampu suluh, penggera masa, kalender dan kawalan kamera pada telefon pintar


Bateri hanya sebesar 280mAh tetapi boleh bertahan sehingga 5 hari dalam mod telefon pintar atau sehingga 35 hari dalam mod jam biasa. DTNO.1 DT8 Ultra boleh digunakan pada peranti Android dan iOS dengan ia dijual pada harga $30 (~RM142) sebuah.
 

0/komen