Lebah Boleh Bermain Bola Sepak...?

 
Satu kajian mendapati lebah boleh bermain ‘bola sepak’ sama seperti manusia.

Sekumpulan penyelidik menjalankan eksperimen terhadap beberapa ekor lebah dengan memberinya bola kecil.

Dalam kajian tersebut, beberapa ekor lebah dilihat berulang kali menolak sebiji bola kecil walaupun tidak mempunyai tujuan untuk berbuat demikian.

Sama seperti permainan bola sepak antara manusia, lebah muda dilihat lebih sibuk ‘bermain bola’ berbanding serangga yang lebih tua dengan mengerumuninya sebanyak 117 kali.

Ujian selanjutnya mendapati ia pergi ke arah bola dan tidak memilih makanan. Kajian itu menunjukkan lebah juga bermain permainan itu untuk keseronokan. 

Menurut kata seorang penyelidik dari Queen Mary University of London, Samadi Galpayage,sudah tentu  ianya  mengejutkan, kadang-kadang lucu untuk menonton lebah bermain. Ia mendekati dan memanipulasi ‘mainan’ itu berulang kali.

Kajian itu menunjukkan bahawa walaupun lebah memiliki saiz dan otak yang kecil, ia lebih bijak daripada makhluk robot yang kecil. 

 

0/komen