Makcik Call Tapi Anak Sembilan Orang Semua Tak Angkat



Sejak lahir lagi kita dijaga dengan penuh kasih sayang oleh insan yang bergelar ibu dan bapa. Mereka sentiasa menyayangi kita dan akan memasikan kebajikan kita terjaga.Namun bila kita dah dewasa dan mereka pula semakin berusia, adakah kita mampu curahkan bakti yang sama seperti meraka sayangkan kita waktu kecil dulu? 

Ada pun hukum menjaga ibu bapa yang sakit yakni ibu bapa kandung adalah terletak atas bahu anak-anak perempuan dan lelaki. Tidak ada sesiapa yang terlepas sekalipun perempuan itu telah berkahwin, maka jika sakit, semua anak-anak bertanggungjawab berbakti pada ibu ayah yang melahirkannya samada dia anak perempuan atau anak lelaki, telah berkahwin atau pun belum. 

Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yang sakit. Disebabkan anak lelaki sahaja yang disebut ‘wajib’ menjaga ibu ayah yang sakit,maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya.Ini sama sekali tidak benar. 

Apabila kita diuji dengan menjaga ibu bapa yang sakit perlulah persiapan mental dan emosi yang rapi, keperluan dan tempat tidur yang selesa. Jangan sekadar mahu menjaga, tetapi keselesaan tidak diberi , malah setiap hari pelbagai hamburan kita keluarkan kepada ibu & bapa yang sakit. 

Mungkin kisah ini akan membuka mata kita semua, sama ada layak atau tidak kita digelar sebagai seorang anak yang berbakti kepada ibu bapa. Mungkin kisah yang dikongsikan ini adalah kisah lama, tapi kita sebagai anak boleh ambil kisah ini sebagai pengajaran. 

Ini kisah Makcik Zahrah 

Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke,dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab 

Aku terkilan dan sedih tengok makcik Zahrah ni datang Hospital Kuala Lumpur seorang diri. Bila aku tanya mana anak makcik tak de ke, dia jawab anak 9 orang tapi call semua tak jawab.Aku cuba call anak dia sorang ini jawab dan aku harap anak dia akan datang segera untuk bantu Mak dia. 

Bila aku tengok makcik ini, aku terbayangkan if itu adalah Mak aku.Ya Allah ku pohon doa darimu supaya permudahkan segala urusan makcik Zahrah ini & ada orang datang teman makcik Zahrah ni.Amin 

Betul lah orang kata ibu bapa boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak tu belum tentu boleh jaga ibu dan bapa.Berbaktilah kepada orang tua yang sudah bersusah payah membesarkan anda dari kecil hingga besar, tolong ingat jasa mereka dan jangan abaikan orang tua anda, takut dikemudian hari anda akan menyesal.

0/komen