Mesin Memberikan Roti Percuma Diperkenalkan


Impak pandemik wabak  covid 19  masih boleh dilihat ke hari ini. Masih ramai yang kehilangan kerja dan perubahan gaya hidup perlu dilakukan. Bagi memastikan golongan memerlukan tidak berlapar di Dubai, program Bread for All telah diperkenalkan.

Program ini akan memberikan roti percuma menerusi mesin layan diri di beberapa lokasi pasar raya utama di Dubai. Roti yang baru dibakar akan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Dengan inisiatif ini pemerintah Dubai ingin mengurangkan beban yang dialami golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Orang ramai boleh menderma untuk memberikan roti menggunakan aplikasi pintar atau menerusi SMS. Mereka juga boleh menjadi penaja untuk meletakkan lebih banyak mesin pembuat roti di Dubai.
 

0/komen