Murid Lelaki Kahwini Guru Disiplin


Sepasang suami isteri dari Purworejo, wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian netizen kerana bukan sahaja mempunyai jarak usia 20 tahun, bahkan si isteri merupakan bekas guru disiplin ketika suami masih bersekolah.

Menurut si suami, Sigit Setya Budi, 24, dia mengenali isterinya sebagai seorang guru disiplin ketika  bersekolah menengah pada tahun 2013 hingga 2016.

Menurutnya,ketika itu, tidak pernah sedikit pun terlintas untuk mencintai atau meminang isterinya  kerana statusnya yang sudah mempunyai suami.

Bagaimanapun, pasangan tersebut  mula menjadi rapat pada 2020 ketika mahu memulakan perniagaan bersama.

Pada awalnya, beliau tertarik melihat keperibadiannya yang dia anggap sebagai wanita perkasa ketika beliau mengajarnya untuk membangunkan perniagaan.

Ketika merancang untuk mengembangkan perniagaan, mereka semakin rapat dan saling memahami sikap masing-masing.

Kedua-dua mereka kini menjalankan perniagaan menjual mi ayam goreng dikenali sebagai Miyago Andari.

Jangan-jangan jodoh saya masih lagi memakai lampin sambil berlari dikejar ibunya untuk diberi makan.

Aneh sekali rasanya berkahwin dengan guru sendiri apatah lagi gurunya lebih berusia,.

0/komen