Negara Terbanyak Mercedes: Albania


Albania negara ke-3 Termiskin di Eropah tapi peliknya 80% keretanya adalah dari jenama Mercedes!

Bayangkan Negara dengan populasi 2.8 juta rakyat itu memiliki lebih dari 1 juta unit Mercedes di seluruh negaranya. 


Apa yang membuatkan rakyat Albania “gilakan” Mercedes?


1) Keadaan Jalan Pos-Komunis

Albania diperintah komunis dr 1940an hingga awal 90an. Pemerintah komunis ketika itu TIDAK membina jalanraya kerana takut org luar akan sampai ke Albania. 


Ketika komunis “berkubur” pada awal 90-an, jalan mereka tidak berturap dan penuh batu & lubang. Rakyat Albania mendapati- “Tidak ada kereta lain yang tahan lasak dan mampu menempuh jalan yg buruk sebegitu, kecuali Mercedes terutamanya model lama W123 dan W124”. 


2) Boleh di beli pada harga USD1,000 

Di negara lain, Mercedes mungkin lambang Kemewahan tapi berbeza sama sekali di Albania.


Purata pendapatan rakyat Albania ialah USD300 sebulan (RM1,350). Mercedes di sana berharga purata USD1,000 (RM4,500) sahaja- jadi sebab itu mereka memilih Mercedes kerana harganya yang Murah. 


Purata pendapatan rakyat Albania ialah USD300 sebulan (RM1,350). Mercedes di sana berharga purata USD1,000 (RM4,500) sahaja- jadi sebab itu mereka memilih Mercedes kerana harganya yang Murah. 


Nah, di Malaysia- sebab itu saya menyarankan Klasik Mercedes untuk anda semua, terutamanya model W123, W124 & seangkatan- kerana mutu binaan terunggul, keselesaan memandu, kelasakan jentera & harganya yang “marhaen”. 

0/komen