Robot Anjing China Jalani Latihan Ketenteraan


Satu rakaman video mengejutkan telah didedahkan oleh kontraktor pertahanan China yang memaparkan robot anjing menggunakan mesingan sedang diangkut menggunakan dron.


Menerusi video ini  menunjukkan dron menghampiri atas sebuah bumbung sambil mengangkut sebuah robot anjing bersenjata.

Dron itu meletakkan robot itu di atas bumbung berkenaan sebelum mesin ‘robodog’ itu mula bergerak dan meneroka lokasi baharunya.

Rekaan itu dipercayai dilengkapi mesingan ringan QBB-97 buatan China yang dipasang pada belakangnya.

Tiada pengesahan sama ada klip itu berasal daripada  latihan ketenteraan China. 

‘Kestrel Defense Blood-Wing’ iaitu  syarikat yang dipercayai mempunyai kerjasama secara langsung dengan syarikat China, Kestrel Defense.

Dron tugas berat Red Wing Forward menghantar robot anjing tempur yang melancarkan serangan mengejut atau boleh diletakkan di atas bumbung sebagai pengawal.

Tentera darat boleh menggunakan robot ini untuk melakukan serangan penyepit tiga dimensi ke atas musuh di dalam bangunan.

Mesingan di belakang robot anjing itu di percayai  boleh menembak sehingga 650 das tembakan seminit.
 

0/komen