Rupa Apabila Matahari ‘Tersenyum’


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakam sekeping gambar unik di permukaan Matahari yang memaparkan seolah-olah ia sedang tersenyum.

NASA berkongsi gambar yang diambil oleh Balai Cerap Dinamik Suria dan ia pantas menjadi tular.

Dilihat dalam cahaya ultraungu, tompokan gelap di Matahari ini dikenali sebagai lubang koronal dan merupakan kawasan di mana angin suria kencang memancar ke luar ke angkasa.

Gambar yang diambil pada 26 Oktober lalu mendapat pelbagai interpretasi bayangan oleh netizen yang menyamakannya seperti labu pembunuh Halloween dan matahari dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies. 

 

0/komen