Sony DualSense Edge Di Lancarkan

Sony DualSense Edge telah dilancarkan  dengan ia merupakan alat kawalan permainan nirwayar untuk PlayStation 5. Ia berbeza dengan DualSense biasa kerana bahagian kayu analog boleh digantikan dan juga terdapat butang tambahan di bahagian bawah yang boleh digunakan mengikut keperluan permainan.



Ia adalah alat kawalan premium yang turut hadir dengan kabel pengecas yang disulam serta bekas simpanan khas lengkap dengan tempat meletakkan aksesori. Kesemua ciri DualSense biasa seperti Adaptive Trigger dan timbal balas haptik.

Pra-tempahan dibuka pada 25 Oktober hadapan dengan jualan terbuka bermula 26 Januari 2023 pada harga $199.99 (~RM943) di AS, UK, Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, dan Luxembourg terlebih dahulu.

0/komen