Sorok 1,100 Lebah Dalam Baju


Seorang lelaki warganegara Georgia ditahan selepas didapati melekat 110 kotak mengandungi 1,100 lebah di sekeliling badannya dalam cubaan menyeludup serangga itu ke Turkiye.

Lelaki itu yang dirujuk oleh Kementerian Perdagangan Turkiye sebagai TB telah ditahan pada 22 Oktober lalu di sempadan Turkiye-Georgia, Sarp.

Suspek menyebabkan penggera berbunyi ketika melalui pemeriksaan keselamatan.

Meskipun mempunyai kertas kerja yang diperlukan untuk menyeberangi sempadan, pihak berkuasa kastam telah dimaklumkan mengenai pergerakannya yang mencurigakan.

Suspek diarah menyelak baju sejuk yang dipakainya yang kemudian mendedahkan 110 kotak serangga dilekat pada sekeliling badannya. Setiap petak kotak mengandungi seekor ratu lebah dan sembilan lebah lain. 

Butiran lanjut dikeluarkan Pejabat Hopa Ketua Pendakwa Raya Turkiye menyifatkan suspek merupakan warganegara Georgia yang berusia sekitar 45 hingga 55 tahun.

Buat masa ini tiada laporan lanjut mengenai penahanan atau identitinya.

Menurut kata jurucakap Pendakwa Raya Hopa,semasa prosedur rampasan itu, jabatan berkaitan tiba dan mengambil alih proses pemindahan lebah-lebah tersebut.
 

0/komen