Tapak Perkuburan Paus Yang Menyeramkan


Seorang jurugambar dari Sweden, Alex Dawson berjaya mengungguli tempat pertama Kategori Sudut Lebar Pertandingan Fotografi Dalam Air 2022 Selam Skuba menerusi foto tapak perkuburan paus di  dasar laut.

Dawson menyiarkan gambar yang dirakam bagi berkongsi kegembiraannya memenangi hadiah pertama.

Beliau amat berbesar hati kerana majalah  Scuba Diving Magazine memilih gambarnya  sebagai pemenang 2022 dalam kategori pandangan  lebar.

Dia turut mendedahkan kesukaran yang dihadapi semasa proses rakaman gambar tersebut dalam keadaan suhu sejuk beku  -2 darjah Celsius.

Di bawah lapisan ais setebal 91 sentimeter (sm) yang terbentuk di Teluk Tasiilaq, Greenland, Dawson dan temannya,  Anna Von Boetticher berenang di kawasan menempatkan sejumlah 20 bangkai paus untuk merakam gambar itu.
 

0/komen