Wanita Tidak Berhak Jual Cincin Pertunangan


Seorang wanita di Australia menjadi mangsa kecaman kerana menjual sebentuk cincin pertunangan jenama Tiffany  berharga AS$23,600 (RM109,738) pada nilai hanya AS$18,500 (RM86,024).

Berdasarkan iklan jualan di sebuah kumpulan perbincangan Facebook bernama High End, wanita tersebut memuat naik gambar cincin berlian 1 karat itu dengan harga jualan kurang AS$5,000 (RM23,249) daripada harga belian.

Dibandingkan dengan harga semasa cincin Tiffany 1 karat iaitu AS$23,600 (RM109,738), beliau ingin menjual cincin ini pada harga AS$18,500 (RM86,024).Ini kerana eadaannya masih baharu kerana hanya dipakai beberapa kali.

Tambah wanita berkenaan, Tiffany mempunyai jaminan produk seumur hidup bagi barangan kemasnya justeru, pembeli boleh membetulkan saiz cincin pada bila-bila masa tanpa sebarang caj.

Beliau memohon maaf  kerana tiada resit  di sebabkan bukan beliau yang membelinya. Hanya menerusi pindahan bank (bayaran pembelian).

Iklan tersebut menerima kecaman netizen dengan ramai yang mempersoalkan mengenai tindakan wanita berkenaan yang dikatakan tidak berhak untuk menjual cincin pertunangan.

Ada antara netizen yang berpendapat bahawa sekiranya pertunangan diputuskan oleh wanita itu sendiri, cincin tersebut perlu dipulangkan kepada bekas tunangnya.

Menurut  seorang netizen, beliau secara undang-undangnya  tidak boleh menjual cincin ini dan perlu memulangkannya jika tidak jadi berkahwin.

Ada juga yang menyatakan, ia dianggap sebagai hadiah dan cincin itu adalah milik wanita itu.
 

0/komen