Artemis 1 Akhirnya Berlepas Ke Angkasa


Setelah beberapa kali ditunda akibat kerosakan enjin roket dan angin taufan, roket angkasa Artemis 1 yang dibangunkan oleh NASA akhirnya berjaya berlepas ke angkasa untuk misi ujian mengelilingi bulan.

Artemis 1 ialah roket angkasa paling berkuasa yang dibangunkan setakat ini, menggunakan sistem roket Space Launch System dan kapsul Orion yang berlepas ke angkasa lepas dan akan mengelilingi bulan dalam misi 25 hari sebelum kembali ke bumi, untuk menguji kebolehan kapal angkasa tersebut.

Untuk ujian pertama, roket Artemis 1 akan mengelilingi bulan dengan tiga patung bersaiz manusia untuk melihat bagaimana roket ini mengelilingi satelit semulajadi tersebut, dan memasuki semula atmosfera bumi apabila misi tersebut selesai.



Bagaimana roket tersebut memasuki semula atmosfera bumi akan menentukan sekiranya pelancaran Artemis 2 dan 3 akan memperkenalkan kru manusia dalam misi-misi tersebut.

Sekiranya semua pelancaran-pelancaran ini dilihat sebagai kejayaan, pihak NASA akan mula melihat kepada pendaratan di bulan dalam membangunkan koloni disana sebelum memulakan projek pelancaran ke planet Marikh pula.
 

0/komen