
Menjelang kejohanan terbesar FIFA iaitu Piala Dunia Qatar, sebuah perkampungan rasmi yang dijangka boleh menempatkan seramai 60,000 peminat bola sepak masih menyerupai tapak pembinaan.
Kawasan penginapan Rawdat Al Jahhaniya yang menghadap Stadium Ahmad bin Ali itu dilaporkan dipenuhi mesin industri dan rumput koyak.
Peminat berkata kediaman kabin berharga sekitar £170 (RM970) semalam, yang dibuka kelmarin itu bukanlah seperti mereka bayangkan.
Menurut portal penginapan Piala Dunia Qatar, kampung peminat itu mempunyai skrin pawagam dan gelanggang tenis, namun kedua-dua kemudahan itu masih belum dapat dilihat oleh peminat bolasepak.
Pusat kecergasan/gimnasium pula hanyalah beberapa peralatan senaman luar.
Sementara Bilik penginapan kosong berwarna kelabu (pilihan antara bilik double atau bilik suite berkembar) yang dihiasi lampu kotak kecil. Setiap kabin penginapan mempunyai kemudahan membuat kopi dan teh, dua botol air minuman setiap hari serta sebuah peti sejuk.
Terdapat van Starbucks mudah alih yang diletakkan di perkampungan peminat itu dan sebuah dewan makan berkhemah yang besar dan menyajikan makanan seperti piza serta burger.
Di luar, kelihatan plastik sampah hitam dan kotak kadbod dilonggokkan di belakang tapak berkenaan.
Seorang peminat bola sepak dari Wales berkata,beliau mungkin akan membayar dua kali ganda wang untuk datang dan melihat negerinya bermain.
Namun, mengeluh, adakah tempat penginapannya seperti kabin logam tanpa pengudaraan, cahaya yang sangat sedikit dan seperti kotak kasut.
Tidak banyak ruang untuk bergerak atau menyimpan bagasi. Sebuah meja kecil boleh memuatkan semangkuk emping jagung.
Milad Mahmooditar, 32, dari Teheran, pula berkata, dia memiliki ketinggian 182.88 sentimeter (6 kaki) dan katilnya terlalu kecil untuk dia tidur.
Bilik air pula terlalu kecil dan sukar bergerak tanpa melanggar meja kecil atau menendang katil.
Milad mendakwa bahawa unit pendingin hawa yang disediakan ‘menghasilkan bunyi bising sehinggakan dia tidak boleh tidur.
Beliau telah membayar sekitar AS$200 (RM920) untuk setiap malam dan dia tahu bahawa untuk harga AS$100 (RM455), beliau boleh mendapatkan hotel bertaraf lima bintang dengan penginapan penuh.
Menurutnya,ini bukan cara untuk melayan pelawat di mana-mana negara. Beliau telah membayar begitu banyak wang untuk sampai ke sini. Dia kecewa tentang perkara ini dan berasa marah.
Seramai 1.5 juta pelawat dijangka berkunjung ke Qatar semasa Piala Dunia tahun ini.
Catat Ulasan