
Seorang wanita di Britain yang melahirkan anak di tempat duduk belakang sebuah teksi terkejut apabila syarikat pengangkutan itu menghantar bil ‘pembersihan’ kepadanya yang berharga £60 (RM327).
Farah Cacanindin, 26, tanpa diduga melahirkan anak perempuannya, Naia, di dalam sebuah van teksi semasa dalam perjalanan sejauh 20 kilometer (km) menuju ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.
Pemandu teksi itu telah menelefon kakitangan di Hospital Stoke Mandeville semasa dalam perjalanan.
Beberapa hari kemudian, Farah yang tinggal di bandar High Wycombe, Buckinghamshire menerima bil sebanyak £90 (RM490) termasuk tambang teksi berharga £30 (RM163).
Beliau memahami bahawa dia telah meninggalkan kotoran, tetapi agak menjadi kurang sopan untuk mereka mengenakan bayaran. Air ketuban nya pecah 5 minit selepas bertolak.
Menurutnya lagi,pemandu itu bertanya sama ada beliau mahu beliau berhenti tetapi dia meminta meneruskan perjalanan kerana percaya mereka akan sampai sebelum bayi dilahirkan.
Farah menyelimut anaknya menggunakan jaket setelah tiba di hospital.
Apabila tiba di hospital, bidan sedang menunggu dan terkejut.
Perkara yang melucukan adalah syarikat teksi itu terletak berhampiran jalan ke rumahnya.Beliau nampak teksi yang beliau naiki ketika melahirkan anak betul-betul di luar rumah.
Catat Ulasan