Bunian Bab 1



 BAB 1

Saya dilahirkan disebuah perkampungan yang jauh dari pusat bandar. Malam semasa kelahiran saya, hujan lebat turun dengan tiba-tiba diikuti dengan bunyi dentuman guruh yang saling berganti dengan kilat. Bidan monang memulakan kerjanya seperti biasa. Dia bersama dengan pembantunya, Mulan. 
“ambil air suam, lekas”

Mulan bangun dan menuju ke dapur. Dibahagian tengah rumah, bapa dan pakcik kolo ada bersama. Mereka tidak berani menganggu tugas bidan yang sedang sibuk mengurus kelahiran saya. Denyut jantung mama semakin kuat.
“korom! Sini kau!”

Korom ialah bapa saya. Dia bangun dengan tergesa-gesa dan berjumpa dengan bidan.
“ada apa?”

“pegang dulu tangan bini kau, nafas dia macam turun naik, saya risau kalua ada apa-apa berlaku”
tanpa membuang masa, bapa datang kea rah mama dan memegang tangannya.

“biana, sabar sayang… sekejap lagi tu keluarlah baby kita…” bapa cuba memujuk mama untuk bertenang.
“sakittt…” mama mula bersuara. Genggaman tangannya mula mengambil peranan.

“biana, teran kuat sikit, buli Nampak sudah ni kepala baby…”
Mama pun dengan sekuat tenaga cuba mengeluarkan saya. Saya akui memang badan saya gempal dan sukar untuk mama meneran mengeluarkan saya.

“lagi sikit biana” pujuk bidan monang.
“arghh! Sakittt!” mama teriak kesakitan. 

“kuatkan semangat, jangan putus asa, kepala baby dan keluar ni”
Sekali lagi mama mengeluarkan tenaganya. Rasanya selepas itu mama tidak dapat lagi. Nafas mama terhenti tiba-tiba. Bapa menjadi cemas.
“kenapa ni? Biana… biaanaaa”

“Mulan, urus baby ni, biar saya tengok keadaan dia dulu”
Mulan membawa saya pergi. Di sana, barulah saya tahu, mama sudah hembuskan nafasnya yang terakhir selepas melahirkan saya. Bapa pula hampir tidak dapat menerima kenyataan kehilangan mama. 

bersambung

0/komen