Cip Qualcomm Snapdragon 782G telah diumumkan untuk peranti kelas pertengahan. Ia adalah cip Snapdragon 778G yang dilewah jam pada CPU serta GPU. Ini memberikan peningkatan prestasi CPU sehingga 5% dan peningkatan GPU pula sehingga 10%.
Ia masih lagi dihasilkan menggunakan teknologi 6nm. Kombinasi CPU ialah 1x Cortex-A78 2.7 GHz, 3x Cortex-A78 2.7GHz dan 4x Cortex-A55 1.9GHz yang dipadankan pula dengan GPU Adreno 642L. Cip ISP pula menyokong kamera sehingga 200MP dan mengambil gambar dalam mod 14-bit.
Sementara itu cip turut dilengkapi moden Snapdragon X53 membolehkan ia menyokong rangkaian 5G Sub-6GHz dan mmWave. Sementara itu cip FastConnect 6700 pula menawarkan tambatan kepada rangkaian WiFi6 serta bluetooth 5.2.
Catat Ulasan