Honor 80 SE turut sama diperkenalkan dengan spesifikasi kelas pertengahan. Melaluinya, ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 900 sekaligus menjadikannya menyokong rangkaian 5G secara terbina.
Skrin yang digunakan adalah melengkung sejenis OLED sebesar 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Gabungan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256B turut disertakan pada peranti ini. Kapasiti bateri pula 4,600mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 66W.
Turut disertakan adalah sistem tri-kamera di belakang dengan tetapan 64MP (utama) + 5MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), di samping kamera swafoto sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, sokongan Bluetooth 5.1, pembesar suara mono dan pengimbas cap jari pada skrin.
Honor 80 SE dijual di China bermula RMB2399 (~RM1533) (8GB/256GB) dan RMB2699 (~RM1725) (12GB/256GB). Tiada maklumat mengenai ketersediaannya di malaysia yang diketahui setakat ini.
Catat Ulasan