Huawei Mate50 Pro Merampas Takhta Tempat Pertama DXO

Siri Mate50 Pro dengan  penggunaan sistem XMAGE dilihat membuahkan hasil yang baik apabila peranti berkenaan kini berjaya merampas tempat pertama di senarai DXOMARK.

Mate50 Pro mencatatkan skor tertinggi 149 keseluruhannya untuk kebolehan kamera utama. 

Ini sekaligus mengalahkan beberapa peranti sebelum ini seperti Google Pixel 7 Pro dan Honor Magic4 Ul timate.Ia mendapat 152 mata untuk keupayaan fotografi, 80 mata untuk keupayaan bokeh, 148 mata bagi kebolehan zum dan 141 mata pula untuk rakaman video.


Pujian diberikan pada keupayaan kamera menghasilkan gambar berkualiti tinggi dalam kebanyakan situasi, ini termasuklah pencahayaan rendah. Seterusnya sistem aperture yang boleh diubahsuai juga berfungsi cukup baik, khususnya bagi tujuan tangkapan gambar potret secara berkumpulan dan imej pencahayaan rendah.

Begitu juga dengan kebolehan kamera ultra-lebar yang dikatakan memberi kualiti imej yang hebat, di samping keupayaan zum juga vaik dengan tahap perincian yang tinggi untuk kesemua jarak. Hasil rakaman video juga berkualiti tinggi, sama ada digunakan di kawasan tertutup mahupun terbuka.


Kritikan pula diberikan pada masalah lengah masa yang ditemui untuk proses menekan butang shutter. Ini sekaligus mengakibatkan kesukaran kepada pengguna untuk mengambil momen tertentu. Seterusnya, tangkapan imej akhir sama sekali berbeza dengan apa yang dipratonton pada antaramuka kamera. Akhir serkali, kekurangan sambungan 5G pada peranti.
 

0/komen