Jangan Makan Tiram Korea Selatan


Penduduk Amerika Syarikat (AS) diberitahu untuk mengelak memakan tiram mentah tertentu dari Korea Selatan selepas 10 orang jatuh sakit kerana keracunan makanan.

Seorang individu di Las Vegas yang mengalami muntah dan cirit-birit setelah diuji positif untuk penyakit sapovirus, manakala sembilan lagi disyaki dijangkiti virus tersebut.

Semua mereka telah makan di restoran sama di Las Vegas tetapi nama masing-masing tidak didedahkan. Mereka makan tiram yang diimport dari Korea Selatan.

Gesaan itu dibuat oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) yang dan meminta penduduk di 13 buah negeri di AS supaya tidak memakan tiram mentah tersebut.

Negeri-negeri yang terjejas adalah di selatan dan timur AS termasuk Alabama, California, Florida, Georgia, Maryland, New York, New Jersey, Carolina Utara, Pennsylvania, Carolina Selatan, Tennessee dan Virginia.

Pada kebiasaannya, gejala keracunan makanan akan berlaku dalam masa 48 jam selepas tiram dimakan dengan pesakit mengalami sakit perut dan loya.

Namun, pakar-pakar  perubatan berkata, keracunan makanan yang berlaku jarang membawa maut dengan simptom  akan hilang dalam masa satu hingga empat hari. 
 

0/komen