
Seorang pengusaha kedai makan terkejut apabila seekor ikan baung yang disiangnya memiliki corak badan seakan-akan kalimah Allah.
Mohd. Asari Salleh, 61, yang mengusahakan Warung Makan Kepala Retok berkata, baung istimewa itu adalah sebahagian daripada 20 kilogram (kg) ikan yang dibelinya daripada peraih di Manir, Kuala Terengganu.
Menu istimewa kedai makan yang beliau usahakan sejak empat tahun ialah ikan baung masak tempoyak.
Seperti biasa, 20kg ikan baung digunakan setiap hari untuk masakan tersebut, namun hari itu (19 September lalu), beliau perasan salah seekornya mempunyai corak seakan-akan kalimah Allah.
Menurutnya, dia beristighfar apabila melihat kebesaran Allah itu dan tidak tergamak untuk memasak ikan baung berkenaan.
Katanya, baung tersebut disejuk beku sehingga kini dan bercadang mahu mengawetnya bagi memastikan corak seakan-akan kalimah Allah pada badan ikan berkenaan terus terpelihara.
Menurut katanya lagi,biasanya permukaan ikan baung tidak memiliki sebarang corak mahupun belang.
Catat Ulasan