Sebuah kereta lama milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi tular apabila dua keping gambar menyaksikan beliau memandu bersama isterinya.
Kereta jenama Volkswagen Beetle berwarna hijau gelap itu dikatakan milik Perdana Menteri yang sudah lama disimpan, namun masih berada dalam keadaan baik.
Kereta yang dipercayai dikeluarkan sekitar tahun 1960-an itu dikatakan salah satu koleksi Perdana Menteri dan merupakan antara kereta yang paling digemari beliau.
Dua keping gambar yang diambil melalu foto Amirul Ihsan menunjukkan Anwar bersama isterinya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggunakan kereta tersebut untuk bersiar-siar.
Ramai yang turut memuji Perdana Menteri Ke-10 itu kerana pandai menjaga kereta klasik walaupun sudah lama, namun kelihatan masih tegap dan baharu.
Perdana Menteri pun masih simpan lagi kereta klasik dia, masih nampak baharu. Suka tengok kemesraaan pasangan pemimpin kita ni.
Orang kalau dah sayang kereta ni dia punya jaga bukan biasa-biasa. Kereta ini beliau masih simpan dan masih juga digunakan sehingga sekarang.
Perdana Menteri juga rupanya suka dengan kereta klasik, tahniah Datuk Seri, semoga memerintah Malaysia dengan berjaya hendaknya.
Catat Ulasan