Lelaki Temui Teritip Aneh


Seorang lelaki tidak menyangka bahawa  sejenis hidupan laut bercengkerang menyerupai  makhluk asing yang ditemui  sebenarnya mempunyai nilai kira-kira £4,000 (RM21,683).

Dave McGirr, menemui ribuan hidupan bercengkerang putih berbentuk aneh terdampar di tepi Pantai Criccieth, Wales, England. Ia memenuhi sebatang dahan pokok di tepi pantai tersebut.

Dia merakam beberapa gambar teritip unik itu sebelum membuat pencarian di internet bagi mengetahui jenis hidupan laut tersebut.

Beliau mendapati ia sebenarnya adalah teritip Gooseneck yang digambarkan memiliki rupa seperti makhluk asing dan  jarang ditemui.

Haiwan itu dianggap sebagai  juadah istimewa yang dijual pada harga £80 (RM433) bagi satu kilogram,.

Tambah McGirr, dia tidak terfikir untuk membawa pulang penemuan menakjubkan itu dan meneruskan perjalanan ke Snowdonia selepas merakam gambar.

Spesies teritip yang jarang ditemui itu merupakan hidangan istimewa di negara seperti Portugal dan Sepanyol, di mana ia digelar sebagai ‘percebes’ dan  berharga sehingga £300 (RM1,625) bagi 1 kilogram.

Mereka yang pernah memakan siput itu berkata, rasanya seperti udang galah yang dicampur dengan kerang, manakala teksturnya menyerupai isi sotong.
 

0/komen