
Seorang wanita di Indonesia melepaskan bayi dalam dukungannya secara tidak sengaja kerana panik untuk menyelamatkan seorang lagi anaknya yang terjun ke dalam sungai secara tiba-tiba
Rakaman dari televisyen litar tertutup (CCTV) ini memaparkan seorang wanita dan dua anaknya berada di tebing sungai.
Wanita itu bermain bersama anak-anaknya dengan mencelupkan kaki bayinya ke dalam air dan mengangkatnya semula. Seorang lagi anaknya kelihatan berdiri di sebelah wanita berkenaan.
Kanak-kanak tersebut dilihat memerhati ke arah sungai ketika ibunya bermain dengan adiknya.
Tidak lama selepas itu, dia secara tiba-tiba terjun ke dalam sungai.
Si ibu dilihat panik lalu melepaskan bayi yang digendongnya sebelum terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya. Bayi itu dilihat jatuh ke atas jalan dalam keadaan tertiarap.
Seorang wanita lain yang menyaksikan kejadian itu segera berlari menyelamatkan bayi tersebut. Dia terus mengangkatnya ketika bayi itu sudah menangis kerana terhantuk.
Si ibu yang terjun ke dalam sungai bertambah panik melihat kejadian itu. Dua penduduk lain kemudian datang ke arah mereka untuk memberi bantuan.
Sakit betul bayi itu kerana terjatuh, tetapi tidak boleh salahkan si ibu kerana ia tindakan spontan. Harap bayi dalam keadaan baik.
Catat Ulasan