Maut Jatuh Tebing Lebih 300 Meter


Seorang wa­nita meninggal dunia selepas terjatuh dari tebing  setinggi 304 meter akibat tergelincir semasa mendaki sebuah gunung di Itali.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan),  Ahad lalu ketika mang­sa, Maria Cristina Masocco mendaki Pergunungan Dolomites, wilayah Veneto yang memiliki  puncak setinggi hampir 3,352 meter.

Menurut kata Datuk Bandar Feltre, Vivia­na Fusaro,berita yang pihaknya terima mengenai kematian tragis seorang wanita muda bernama Maria Cristina Masocco. Insiden berlaku petang tadi (Ahad lepas)  di kawasan pergunungan dan ianya amat mengejutkan.

Masocco dilaporkan berjalan di lereng gunung apabila kakinya tiba-tiba tergelincir, menyebabkan dia  terjatuh ke bawah sambil menjerit dan hilang dari pandangan, demikian menurut saksi kejadian.

Rakan Masocco yang mendaki bersama-samanya  segera  menghubungi perkhidmatan kecemasan yang kemudian mengerahkan sebuah  helikopter penyelamat ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia ketika bantuan kecemasan tiba.

Datuk Bandar berkenaan  menzahirkan rasa simpati yang ikhlas daripada semua masyarakat di situ, yang turut berdukacita di atas kehilangan mangsa.
 

0/komen