Oppo A58 5G Dilancarkan


Oppo A58 akhirnya dilancarkan secara rasminya di China. Ia merupakan sebuah peranti dengan 5G terbina menerusi janaan cip MediaTek Dimensity 700. Beberapa ciri dan fungsi lain yang turut diketegahkan adalah kamera 50MP, bateri 5000mAh dan sistem audio dengan pembesar suara stereo.

 Oppo A58 5G didatangkan dalam tiga pilihan warna seperti hitam, ungu dan biru. Skrin sebesar 6.56-inci LCD HD+ dengan sokongan kadar segar semula 90Hz digunakan. Seterusnya, pilihan memori pula sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Kapasiti bateri adalah sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 33W.



Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan ColorOs 12.1 berasaskan Android 12, sokongan bluetooth 5.3, sambungan port USB-C dan mempunyai bicu audio 3.5mm. Di China, Oppo A58 5G dijual bermula RMB1699 (~RM1110).
 

0/komen