Polis Tonton Piala Dunia Dengan Tahanan


Tindakan seorang pegawai polis di Indonesia yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 bersama tahanan meraih pujian orang ramai.


Menerusi video ini, memaparkan beberapa tahanan sedang menonton perlawanan bola sepak melalui tirai besi.

Dengan kapsyen ‘pentingnya memanusiakan manusia’, video ini telah  meraih perhatian orang ramai, sekali gus mengundang pelbagai komen yang memuji tindakan pegawai tersebut.

Saya hormat dengan abang, mereka juga memerlukan informasi dan perkembangan dunia luar contohnya hiburan seperti ini.

Mereka juga manusia, tiada berbeza dengan kita semua, cuma mereka ada salah dalam dunia sementara, tabik hormat untuk awak tuan.

Terima kasih kerana menjadi orang baik, jangan bosan jadi orang baik, mungkin mereka ini akan menolong abang jika mereka keluar penjara suatu hari nanti.



 
Ada juga yang berpendapat bahawa perlu ada sifat kemanusiaan dalam apa jua perkara kerana semua manusia itu tidak sempurna dan bukan tugas manusia untuk menghakimi mereka.

Saya tidak bangga dengan duit yang abang ada, pangkat yang abang sandang tapi saya bangga dengan sifat kemanusiaan abang dalam memanusiakan manusia.



0/komen