
Seorang pelagak ngeri di Brazil memaparkan kemahiran mengimbangkan badan dengan berjalan di atas kabel kendur yang digantung di antara dua belon udara panas di ruang udara kampung halamannya.
Rafael Bridi sebelum ini mencatat nama dalam Guinness World Records selepas berjalan di atas kabel kendur tertinggi dunia. Dia berjalan di antara dua belon udara panas pada ketinggian 1,900 meter di Santa Catarina, Brazil.
Kini, lelaki itu mengulangi aksi serupa di bandar Florianopolis sebagai tanda penghormatan kepada kampung halamannya sendiri.
Menurut Bridi, langit Florianopolis menyediakan keadaan optimum bagi pencapaian tersebut.
Lokasi yang beliau pilih menyediakan keadaan amat bagus untuk belon udara panas yang sedang terbang.
Beliau juga memiliki pengemudi-pengemudi belon udara yang melakukan penerbangan unik merentasi ngarai di atas awan. Bersama-sama dengan kru produksi, dia berpendapat beliau mempunyai sebuah pasukan yang hebat.
Catat Ulasan