Samsung 4K S95B OLED TV Kini Di Malaysia

Dua penawaran televisyen pintar baharu daripada Samsung. Melaluinya, Samsung 4K S95B OLED TV telah sedia dipratempah dengan harga jualan bermula RM10,499 untuk variasi 55-inci, sementara itu variasi 65-inci pula boleh dibeli pada RM14,499.

Pratempahan boleh dibuat menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia sehingga 4 Disember ini. Turut disertakan adalah pemberian Samsung Q-Series HW-Q600B Soundbar (bernilai RM 2,599) secara percuma sementara stok masih ada.


Kedua-dua televisyen ini mempunyai sejumlah besar persamaan, baik dari segi rekaan mahupun perkakasan dalaman. Ia dilengkapi paparan OLED beresolusi 4K dengan kadar segar semula 120Hz dan diperakui HDR10+. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi pemproses baharu Quantum Processor 4K yang membolehkan televisyen ini memaparkan visual pada resolusi Ultra HD dengan baik.




Sokongan TizenOS yang turut membolehkan pelbagai perkhidmatan penstriman video popular seperti Netflix dan Disney+ dinikmati. Pembesar suara pula ditala dengan sistem audio Dolby Atmos, selain turut memanfaatkan teknologi AI sepenuhnya untuk kebolehan menganalisis setiap situasi bagi mengoptimumkan hasil audio untuk pengalaman lebih sinematik.


Hal ini bertambah menarik dengan sokongan Samsung Q-Symphony yang menjadikan pengalaman audio lebih imersif apabila disambungkan dengan mana-mana Samsung Soundbar yang disokong.

0/komen