Skyworth Malaysia Memperkenalkan Televisyen Terkini


Kini sebanyak tiga lagi variasi televisyen pintar baharu diperlihatkan oleh Skyworth . Ini termasuklah siri Skyworth Wallpaper TV yang terdiri dengan Skyworth Q53 dan Q53 Pro. Kemudian diikuti pula dengan Skyworth W82 Tranformable OLED TV dan Skyworth Mini LED 65SUE8800.


Skyworth Q53 dan Q53 Pro. 

Seperti namanya, ia merupakan televisyen dengan tubuh nipis yang boleh dipasangkan pada permukaan dinding seumpama kertas dinding (wallpaper). Pendekatan yang digunakan ini bukan sahaja menjimatkan ruang rumah, malahan ianya juga nampak lebih cantik dan kemas. Menariknya lagi, ia turut boleh dipasang dengan bingkai khusus bagi menjadikannya kelihatan seumpama bingkai gambar yang menghiasi dinding rumah.

Terdapat sehingga lapan pilihan saiz skrin yang disediakan yang merangkumi 55″, 65″, 75″, 86″ dan 100″ untuk model Skyworth Q53. Sementara itu, Skyworth Q53 Pro pula boleh didapati dalam saiz 65″, 75″ dan 86″. Selain daripada itu, skrin turut menyokong ciri tambahan seperti kadar segar semula 120Hz, sokongan HDR+ dan Dolby Vision. Cip yang digunakan adalah Cortex-A75 + A55 dengan padanan GPU Imagenation-BXE, memori 4GB RAM dan storan 128GB terbina.



Turut disertakan adalah hub media berasingan yang turut boleh berfungsi sebagai pembesar suara bluetooth. Di samping, kamera web untuk kegunaan panggilan video dan sebagainya. Port yang disediakan pula terdiri dengan 1XHDMI 2.0 dan 2XHDMI 21.


Skyworth W82 Tranformable OLED TV. 

Ia merupakan sebuah televisyen OLED 4K 120Hz sebesar 65-inci dengan skrin fleksibel yang boleh dilaras menjadi dua bentuk – sama ada melengkung atau rata. Paparan ini dibangunkan sendiri oleh Skyworth yang membolehkan pengguna menyesuaikan lengkungan skrin mengikut jarak tontonan. Ia boleh diubah menggunakan alat kawalan khusus yang boleh menyajikan lengkungan daripada 1000R ke 2000R (mod tontonan filem) atau 1500R dalam mod permainan.



Turut disertakan adalah beberapa ciri tambahan seperti sokongan Dolby Vision, HDR10 dan enjin pengimejan tersendiri untuk pengalaman tontonan lebih unggul. Melengkapinya juga adalah Skyworth Audio Drum yang merupakan sistem audio mereka tersendiri untuk pengalaman audio lebih imersif. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong port HDMI 2.1 untuk sokongan konsol dan Wi-Fi 6 untuk sambungan internet yang stabil.


Skyworth Mini LED 65SUE8800 turut diperlihatkan. Ia ditawarkan dalam saiz 65-inci bersama tubuh televisyen yang serba nipis. Seperti namanya, ia menampilkan lampu latar Mini-LED dengan dengan teknologi Quantum Dot untuk peningkatan warna lebih baik. Turut melengkapinya, skrin dengan kadar segar semula 120Hz yang turut menyokong Dolby Vision dan sensor cahaya ambien. Alat kawalan jauh khusus turut didatangkan bersama, di samping sistem audio yang turut menyokong Dolby Atmos.

Siri Skyworth Wallpaper TV Q53/Q53 Pro dan Skyworth W82 Tranformable OLED TV tidak akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Sementara itu, Skyworth Mini LED 65SUE8800 pula dijangka tiba sekitar penghujung tahun hadapan.

0/komen