Sofa Dilempar Dari Balkoni


 
Seorang lelaki di Australia yang meletakkan kenderaannya di tepi sebatang jalan hanya untuk beberapa ketika terkejut apabila mendapati kereta tersebut rosak teruk akibat dihempap sebuah sofa.

Herbert Xia, meletakkan kereta yang disewanya di sebatang jalan dekat sebuah kawasan kediaman hanya selama 15 minit sebelum kembali semula ke lokasi itu.

Setibanya Herbert di jalan tersebut, dia terkejut apabila mendapati sebuah sofa menghempap dan memecahkan cermin hadapan kereta Toyota Yaris itu.

Polis kini sedang menyiasat insiden berkenaan dan mencadangkan bahawa sofa itu telah dicampak dari balkoni sebuah unit berhampiran yang mengadakan parti.

Menurut kata Herbert,beliau berasa  pelik dan jika dia cuba meletakkan tiket (parkir) di atas kereta itu, dia mungkin telah dimasukkan ke hospital.

Sofa itu dilaporkan menghempap beberapa pokok sebelum mengenai kereta Herbert. 

Menurut k ata Ketua Inspektor Polis Sydney, Gary Coffey.,sofa itu dicampak dari tempat tinggi dan ia berlaku ketika orang ramai pulang dari kerja.

0/komen