U Mobile Perkenal Pelan Prabayar U40 – RM40 Sebulan


U Mobile telah memperkenalkan pelan baharu, dinamakan U Mobile Prepaid U40. Melaluinya, U Mobile menekankan kepada penawaran akses hotspot tanpa had melaluinya.

Pelan U Mobile Prepaid U40 ini hadir dengan penawaran data tanpa had pada kelajuan yang dihadkan kepada 6Mbps. Disamping itu, ia turut menawarkan akses panggilan tanpa had melaluinya.

Menjadi pengukuhkan kepada pelan ini adalah penawaran akses hotspot tanpa had melaluinya – pada had kelajuan seperti pelan, iaitu 6Mbps.

U Mobile juga menawarkan akses 4G dan 5G tanpa had kelajuan pada penghujung minggu – dimana pas untuknya perlu ditebus terlebih dahulu melalui aplikasi MyUMobile.

 

0/komen