
Seorang wanita di Finland sangat menggemari kerja-kerja pembersihan sehingga sanggup berhenti kerja hanya untuk membersihkan rumah orang tidak dikenali secara percuma dan membantu mereka yang memerlukan,.
Auri Katariina, 29, bekerja sebagai pengurus perkhidmatan di sebuah syarikat pembersihan di Finland semasa musim panas 2021, sebelum memutuskan untuk meneruskan minatnya.
Impiannya adalah membersihkan rumah secara percuma di seluruh dunia dan membantu orang ramai dengan melakukan perkara yang dia suka.
Menurutnya , beliau sentiasa suka mencuci dan mula memuat naik video di media sosial setelah merakam diri sendiri membersihkan rumah keluarga dan rakan dua tahun lalu.
Pada satu hari, seorang wanita meminta bantuan dengan beliau kerana bergelut dengan rumahnya terlalu bersepah. Wanita itu mempunyai tiga anak dan suaminya baru saja meninggal dunia.
Wanita itu (Auri Katariina ) memberitahu, dia ibarat ‘berada di syurga’ apabila mencuci dan sangat gembira untuk membantu orang ramai.
Katariina yang berasal dari bandar Tampere, pernah melawat Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk membantu individu yang terdesak dengan membersihkan rumah mereka.
Dia akan memilih rumah paling kotor dan bersepah milik orang yang paling memerlukan bantuan untuk dibersihkan.
Katariina akan membersihkan rumah orang yang tidak dikenali untuk tempoh selama dua hari dan memuat naik kandungan memaparkan kerja amalnya di media sosial.
Catat Ulasan