Anak Singa Hidup Terbiar


Situasi seekor anak singa terpaksa tinggal di sebuah balkoni, tular di media sosial semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.


Penduduk di sebuah kejiranan di ibu kota Qatar, Doha yang kecewa merakam video ini dan menghantarnya kepada pertubuhan hak haiwan untuk menunjukkan keadaan tragis anak singa itu.

Pada satu tahap, seorang penduduk melempar daging mentah kerana tidak sanggup melihat anak singa itu kelaparan akibat terperangkap di atas balkoni sebuah kediaman.

Anak singa itu dikatakan berada di kejiranan Pearl iaitu salah satu kawasan kediaman paling mewah di Doha.

Berpuluh-puluh peminat bola sepak telah menyewa pangsapuri di kompleks yang sama. Di bahagian luar bangunan itu, terdapat gambar besar memaparkan pemain Manchester City dan Belgium, Kevin de Bruyne.

Terdapat bendera St. George di samping bendera Perancis, Brazil dan Serbia berkibar dari balkoni berhampiran tempat tinggal anak singa itu.

Seorang doktor haiwan Qatar menganalisis rakaman itu dan menganggarkan anak singa tersebut berusia tiga bulan.

Pemilik pangsapuri itu dilaporkan tidak tinggal di sana. Seorang pembantu rumah memberi anak singa itu makan setiap hari dan ia telah tinggal di balkoni itu selama beberapa minggu.

Setelah aduan dibuat kepada pemilik bangunan, anak singa itu telah dipindahkan minggu lepas, beberapa hari selepas Piala Dunia bermula
 

0/komen