Bell V-280 Valor Sebagai Pengganti UH-60 Black Hawk



Helikopter Sikorsky UH-60 Black Hawk adalah ikonik kerana terlibat dalam insiden di Somalia dan misi memburu Osama Bin Laden di Pakistan. Ia sudah agak berusia kerana telah digunakan Tentera Amerika Syarikat sejak 1979. Oleh itu program Future Long Range Assault Aircraft diumumkan Tentera A.S untuk menggantikannya dua tahun lalu.

Kini Tentera A.S mengumumkan mereka memilih pesawat Bell Textron V-280 Valor sebagai pengganti UH-60 Black Hawk. Valor mengalahkan Sikorsky Bell SB-1 DEFIANT X yang menghasilkan prototaip untuk program ini. Keunikan Valor ialah ia adalah sebuah pesawat kipas sendeng seperti V-22 Osprey.

Dengan konfigurasi ini Valor boleh terbang menegak seperti helikopter tetapi berubah ke mod kapal terbang dengan kipas diputar ke hadapan. Ini membolehkan ia terbang lebih pantas ke destinasi bagi menjalan misi.

0/komen