Bergaduh Dalam Pesawat Hanya Kerana Kerusi



Rakaman video ini  menunjukkan dua penumpang yang bergaduh dalam penerbangan Thai Smile Airways dari Bangkok, Thailand ke Kolkata, India.

Seorang penumpang yang duduk di tempat duduk 37C enggan menegakkan kerusinya sebelum pesawat berlepas, menyebabkan penumpang lain mengambil tindakan sendiri.

Selepas itu, seorang penumpang yang duduk di kerusi 41C, mula menampar pengembara tersebut yang tidak bersedia untuk menegakkan tempat duduknya di dalam pesawat berkenaan.

Adegan memukul dan menampar kemudian menjadi-jadi sambil seorang pramugari cuba untuk meleraikan dan meredakan keadaan. 

Selepas video ini  menjadi tular, Biro Keselamatan Penerbangan Awam menuntut laporan terperinci pergaduhan itu daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Menurut kata Ketua Pengarah Biro Keselamatan Penerbangan Awam India, Zulfiquar Hasan,pihaknya telah mengambil maklum tentang video tular itu yang menunjukkan pergaduhan antara penumpang dalam penerbangan Thai Airways ke Kolkata.

Video tular ini  turut mendedahkan isu penumpang yang tidak dapat dikawal dan keselamatan kru-kru di dalam kapal terbang.

 

0/komen