Corolla Catat Jarak Perjalanan 2 Juta Km


Seorang pemandu penghantaran sebelum ini berikrar kereta Toyota Corolla keluaran tahun 1993 akan ‘bergerak’ selama-lamanya selepas ia mencapai jarak perjalanan sejauh 2,000,000 kilometer (km) yang sukar dipercayai.

Pemandu itu, Graeme Hebley membeli kenderaan tersebut pada tahun 2000 dan telah mencapai jarak yang mengagumkan dalam tugasnya sebagai kontraktor penghantaran akhbar.

Hebley, 72, juga telah mengaku bahawa kenderaan berkenaan mungkin akan bertahan lebih lama daripadanya kerana jentera yang kukuh itu masih bergerak dengan lancar.

Pergerakannya masih lancar walaupun pemanduan dilakukan selama lapan jam antara Wellington dan New Plymouth di Pulau Utara negara itu enam hari pada setiap minggu.

Toyota Corolla miliknya masih mempunyai transmisi dan enjin asal walaupun sudah bergerak sejauh 5,000 kilometer hampir setiap minggu.

Pemeriksaan biasa yang menyaksikan kenderaannya diservis dua minggu sekali di Auto Guthrie di Whanganui dianggapnya telah membantu jangka hayat kereta tersebut.

Seorang mekanik, John Sherman mengaku dia kagum dengan kereta itu dan mengesahkan rekod Hebley dan berkata jika beliau tidak membuatnya (melakukan servis), dia tidak akan percaya.

Beliau tidak akan percaya ia boleh melakukan dua juta km. Dalam keseluruhan kerjayanya, itu  adalah yang tertinggi pernah dia lihat.

Dia menambah bahawa jarak jauh perjalanan sebelum ini dibuat oleh sebuah kenderaan yang bergerak sejauh 700,000km.
 

0/komen