Curi Arca Muzium Bernilai RM310,000


Seorang lelaki didakwa di mahkamah kerana mencuri kepingan arca kaca bernilai AS$70,000 (RM309,744) dari sebuah muzium di negeri Oklahoma, Amerika Syarikat dalam apa yang dipercayai sebagai rompakan karya seni pertama institusi tersebut.

Christopher Lambert, 56, didakwa awal bulan ini kerana mencuri arca dari Muzium Seni Bandar Oklahoma Oktober lalu, demikian menurut rekod mahkamah.

Dia yang merupakan ahli felo muzium tersebut dilihat melarikan arca dari Koleksi Kaca Keluarga Jerome V dan Judith G. Rose menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Karya itu memaparkan hasil kerja perintis dalam pergerakan kaca artistik, demikian menurut pendakwa raya dalam dokumen mahkamah.

Koleksi yang ketika itu dipamerkan di muzium berkenaan disedari hilang ketika rutin pemeriksaan dijalankan kakitangan muzium.

Sekeping komponen kecil daripada arca kaca yang besar didapati telah hilang.

Menurut kata Presiden dari Muzium Seni Bandar Oklahoma, Michael J. Anderson,pihaknya  meneliti rakaman CCTV dan mengenal pasti suspek. Dia dilihat mengeluarkan kepingan arca tersebut dari meja pameran dan memasukannya ke dalam poket seluarnya.

Arca tersebut kini telah dikembalikan kepada muzium berkenaan dan dipamerkan semula kepada pengunjung.

Pihaknya  telah melakukan sedikit perubahan kepada instalasi tersebut bagi memastikan insiden serupa tidak berulang.

Suspek dikatakan membuat pengakuan kepada polis bahawa dia telah mencuri arca tersebut
 

0/komen