Kambing Sebagai Mas Kahwin


Seorang pemuda dari wilayah Jawa Timur menyerahkan seekor kambing sebagai mas kahwin bagi memperisterikan wanita pilihannya semalam.

Selain haiwan itu, pemuda yang dikenali dengan nama Muhammad Hambali itu turut menyerahkan barangan kelengkapan solat dan wang tunai berjumlah  100,000 rupiah (RM28.19) kepada isterinya, Heti Kurniawati.

Hambali merupakan peniaga rempeyek dari Kampung Tambakrejo, Jombang. Dia kelihatan tersenyum selepas sah menjadi suami kepada Heti dalam satu majlis pernikahan beramai-ramai.

Hambali berkata, dia membeli kambing itu dengan harga 400,000 rupiah (RM112.75) menggunakan wang simpanan hasil tabungannya selama enam bulan.

Dia yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) mencuri perhatian ramai orang ketika duduk di atas kerusi roda dengan membawa kambing.

Heti berkata, dia sudi menerima Hambali walaupun lelaki itu merupakan OKU serta berhasrat menjaga kambing tersebut dengan sepenuh hati sehingga haiwan itu beranak-pinak
 

0/komen