Bilionwan Jepun Yusaku Maezawa mengumumkan Dear Moon Project tahun lalu dengan ia akan menjadi misi mengelilingi bulan pertama dilakukan oleh syarikat persendirian. Sebanyak lapan lagi individu akan dipilih oleh beliau untuk menyertai misi yang menggunakan kapal angkasa yang dibina oleh SpaceX.
Kini Maezawa mengumumkan lapan individu yang terpilih bersama dua lagi krew sandaran. Antara yang dipilih ialah DJ Steve Aoki, dan bintang KPOP TOP (Choi Seung Hyun). Selain mereka Yemi A.D (Republik Czech), Rhiannon Adam (Republik Ireland), Tim Dodd (A.S), Karim Iliya (UK), Brendan Hall (A.S) dan Dev Joshi (India) melengkapkan krew utama. Sementara itu Miyu (Jepun) dan Kaitlyn Farrington (A.S) menjadi krew sandaran.
Misi Dear Moon menyasarkan pelancaran pada tahun 2023 dengan ia akan mengambil masa lapan hari. Kapal angkasa yang membawa krew yang terdiri daripada artis, pelakon dan ahli sukan bagi memberikan inspirasi kepada mereka.
Catat Ulasan