Seekor monyet melempar beg seorang pelancong yang mengandungi wang tunai berjumlah 50,000 baht (RM6,370) dari sebuah tebing selepas ‘mencuri’ beg tersebut untuk mencari makanan.
Dalam kejadian di Taman Negara Khao Phra Wihan, dalam wilayah Srisaket, Thailand, monyet liar itu dilaporkan melarikan beg seorang wanita kerana mencari makanan.
Namun, disebabkan tiada sebarang makanan di dalam beg tersebut, monyet itu melemparnya dari tepi tebing.
Pelancong berkenaan kemudian meminta bantuan renjer hutan bagi mencari beg itu yang mengandungi pelbagai barangan penting dan dokumen peribadi serta wang tunai berjumlah 50,000 baht (RM6,370).
Renjer hutan kemudian menuruni kawasan tebing itu untuk mencari beg tersebut dan menyiarkan rakaman usaha pencarian itu secara penstriman langsung di laman Facebook.
Selepas menuruni tebing kira-kira 100 meter, beg itu berjaya ditemui dan dipulangkan kepada pelancong berkenaan.
Menurut Taman Negara Khao Phra Wihan, monyet-monyet liar di kawasan itu kebiasaannya agresif dan sering merampas barangan milik pelancong ketika ia mencari makanan.
Catat Ulasan