Seorang lelaki di England ditahan polis selepas dia dikesan memandu kereta dengan salah satu tayar kenderaan itu didapati hilang.
Polis Nottinghamshire berkata, orang ramai yang prihatin telah melaporkan mengenai pemandu itu ketika dia memandu di sekitar kawasan Ollerton menggunakan kereta Renault yang rosak baru-baru ini.
Menurut pegawai polis, agak sukar untuk dipercayai apabila mendapati kenderaan itu masih boleh bergerak dengan menggunakan tiga tayar.
Pemandunya kemudian didapati melakukan kesalahan kerana memandu dalam keadaan sedemikian.
Apabila pihaknya mendengar transmisi radio sebuah kereta dipandu tanpa roda, mereka kemudian pergi (ke lokasi kenderaan itu dipandu).
Anggota polis memerhatikannya terlebih dahulu dan menghentikan (kereta itu). Bagaimanapun, ia masih bergerak. Agak sukar untuk dipercayai.
Pihaknya kemudian memaklumkan kepada pemandu itu bahawa dia tidak akan pergi ke mana-mana. Kereta itu dilarang (bergerak) dan pemandunya dilaporkan atas kesalahan trafik. Ia benar-benar keterlaluan.
Catat Ulasan